Friday, April 24, 2009

*KISAH RAJA SYURGA & RAJA NERAKA*

ALLAH SWT telah memerintahkan seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis syaitan alaihi laknat untuk menyuruhnya menghadap hadrat Nabi Muhammad s.a.w bagi mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya dan sekalian yang dibencinya. Hikmahnya adalah untuk membesarkan kedudukan dan ketinggian darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga menjadi satu perisai dan peringatan kepada sekalian kita ummat Muhammad s.a.w. Malaikat juga berpesan kepada Iblis, daripada ALLAH SWT, “Engkau hendaklah membuka segala rahsiamu dan menjawab yang sebenarnya apabila disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w..Jika engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun, nescaya diputuskan segala suku-suku daripada anggotamu dan segala uratmu serta suku-suku daripada anggotamu dan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amat keras.”

Apabila mendengarkan khabar dari Malaikat itu, Iblis ketakutan dan bersegera menghadap Nabi Muhammad s.a.w. dengan menyerupa seperti seorang tua yang buta sebelah matanya, berjanggut putih sebanyak 10 helai dan panjangnya seperti seekor lembu. Ia member salam dengan takzimnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga 3 kali tetapi tidak oleh Rasulullah s.a.w..Lantas Iblis bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah! Mengapakah tidak dijawab salam hamba, bukankah salam itu sangat mulia disisi Tuhan? Maka jawab Nabi dengan marahnya : “Hai ‘aduwullah, seteru Tuhan!Kepada akukah engkau menunjukkan makarmu! Berpatutanlah muka engkau dengan halmuitu, engkau hendak menipuku sebagaimana engkau telah menipu Nabi Adam a.s keluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan dari engkau dan Nabi Allah Ayub a.s engkau tiup dengan asap racun pada masa dia sedang sujud dalam solatnya hingga beberapa lama dia menanggung sengsara oleh perbuatan engkau.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan azza wa jalla, hanya salam engkau itu sahaja aku tidak mahu menjawabnya kerana telah diharamkan oleh ALLAH SWT dan engkau ini dilaknat serta tempat kau didalam neraka yang sangat keras. Maka aku kenal bahawa engkaulah Iblis raja segala syaitan yang menyamarkan diri. Apakah sebab engkau datang bertemu dengan ku ini? Maka Iblis pun berkata, “Ya Nabi Allah, janganlah tuanhamba marah. Demi sebenarnyalah tuanhamba khatamin nabiyyin walmursalin dan kekasih ALLAH SWT, maka tuanhamba kenal akan hamba.” Kemudian dikhabarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. tujuan kedatangannya adalah perintah dari ALLAH SWT.

Apabila Nabi MIhammad s.a.w mendengar sembah Raja Iblis dan sumpahnya maka baginda tersenyum dengan sukacitanya lantas berkata didalam hati, inilah satu peluang untuk aku menyiasat setiap perbuatannya supaya didengar oleh sekalian sahabatku dan juga menjadi senjata atau perisai kepada sekalian ummatku hingga kemudian hari kelak. Jadi, baginda pun mengajukan soalannya ;

Antara soalan2 Nabi Muhammad s.a.w :

Nabi Muhammad s.a.w. : Hai Iblis! Apa perkara utama yang engkau tipu segala manusia?
Iblis : Pertama-tama akan ku palingkan imannya supaya berpaling iktikadnya kepada kafir sama ada perkataan atau perbuatannya, kelakuannnya atau hatinya. Maka jika tidak berpaling juga dengan cara begitu, maka akan ku tarik pula kepada jalan yang mengurangkan pahalanya supaya lama-kelamaan mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan ku.


Nabi Muhammad s.a.w. : Jikalau ummatku membaca Quran dengan kerana ALLAH, apakah yang engkau rasa?
Iblis : Jika mereka membaca Quran kerana ALLAH maka terbakarlah rasa tubuhku dan putus-putus segala uratku maka larilah ku daripadanya.


Nabi Muhammad s.a.w. : Apa pula rahsia engkau kepada ummatku?
Iblis : Jika seorang Islam hendak pergi membuang air besar(ke tandas), jika tidak membaca doa pelindung syaitan kepada ALLAH SWT, nescaya aku gosokkan najis itu kepada tubuhnya dengan tidak dia sedari.


Nabi Muhammad s.a.w. : Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?
Iblis : Iaitu orang yang hasad dengki dan orang yang tidak belajar peraturan agama Islam dan segala perempuan-perempuan jahat dan tiap2 perempuan yang mencabulkan dirinya dan menjual maruahnya.


Nabi Muhammad s.a.w. : Hai Iblis! Dengan apa caranya yang membinasakan diri engkau?
Iblis : Iaitu orang yang membanyakkan menyebut nama ALLAH dan member banyak sedekah yang tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat, membanyakkan tadarus Quran dan solat diwaktu malam.

to be continue...

No comments:

Post a Comment