Monday, April 13, 2009

>>Berketurunan Quraisy??

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu hari, ketika berjalan-jalan dr 1 rak ke rak yg lain di library, tiba2 terpandang 1 buku di atas meja yg dibiarkan shj disitu selepas dibaca. Nampak menarik tajuknya.

“Hm, ok jgk kalau aku pnjm bku ni.”~bermonolog sendiri.

“Eh, pegi mana?Tiba2 je hilang.Ingat ada ikut kt blakang td,”musykil shbtku. Kami sama2 ke library mencari bhn utk menyiapkan assignment berkumpulan.

Sambil tersengih sy mnjwb, “Ada je ikut tp terberenti kejap sbb nmpk bku ni, jgn marah aaa,”

Akhirnya sy ambil bku “Pengantar politik Islam” ni.(kompem nk pnjm)..Kemudian kami meneruskan pencarian utk assignment kami…

Teringat suatu ketika, dimana dalam satu kuliyah agama berkenaan uslub dakwah, ada seorang ustaz mengutarakan soalan. Katanya saja diutarakan soalan tersebut. Berkenaan tentang ;

“Nabi Muhammad s.a.w ada mnyebut yg mana khalifah itu mesti dari Bani Hashim(org Arab) untuk tadbir khilafah. Jadi, bagaimana dgn situasi skrg?”~Kalau tak salah sy lbih kurang mcm tu la ayat ustaz. Tetapi ust hny meninggalkan soalan itu sbg tnda tny dan menjadikan ia sbg satu homework utk kami cari.

~(Shbt2 ingat x?Ain sha?k.Nisa’?k.imah?)

Kemudian, sejurus membaca bku ni, tiba2, eh ada tentang perkara yg ustz bgtau tu dalam buku ni. Jadi, ni sekadar sedikit perkongsian yg dapat drp buku ni. Mungkin ada para pengujung dan pembaca sekalian yg lebih arif dan pernah baca bku ni jua apa2 buku berkaitan persoalan ini. Harap dapat bagi pandangan ataupun tegur yg mana salah ye.

Terdapat percanggahan pendapat berkaitan dgn syarat atau kelayakan utk menjadi Ketua Negara. Ia boleh dibahagikan kpd dua golongan. i) Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah ii) Khawarij dan Mu’tazilah

AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMA’AH

Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah mengharuskan syarat ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w

“Al-Imam (pemimpin-pemimpin) itu dari orang Quraisy”

Ketika berlakunya perbincangan di Thaqifah Bani Sa’adah, satu kesimpulan boleh diambil bahawa golongan Muhajirin wajar menjadi pemimpin dan golongan Ansar sebagai pembantu. Kebanyakan golongan Muhajirin terdiri dari Qabilah Quraisy dan dengan sebab itulah bangsa Quraisy dijadikan salah satu syarat kelayakan untuk menjadi khalifah.


KHAWARIJ DAN MU’TAZILAH

Kedua-dua ini tidak mensyaratkan Quraisy sbg syarat Ketua Negara. Sesiapa shj dikalangan umat Islam boleh dicalonkan utk menjadi khalifah. Mereka jg menolak syarat yg dikenakan oleh golongan Syi’ah yg hny menkhususkan jawatan itu kepada Ali bin Abu Talib dan keturunannya. Alasan yg diberikan ialah ayat;

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan brsuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dgn yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah org yg lebih taqwanya di antara kamu….” (Surah al-Hujurat 49 : 13)

Ayat ini menjelaskan tentang kedudukan manusia di sisi Allah, iaitu mereka yg paling hamper dgn Allah swt, ialah yg paling bertaqwa. Mereka jg membawa hadith Rasulullah s.a.w ;

“Dengar dan taat setialah kamu, sekalipun kamu diketuai oleh seorang hamba yg berketurunan Habsyah selagi ia menjalankan kepada kamu kitab Allah.” (Riwayat Jama’ah kecuali al-Bukhari dan Abu Daud)

Hadith ini jelas menunjukkan saranan Rasulullah s.a.w bahawa ketaatan kepada ketua tidak terbatas hanya kpd golongan tertentu shj, malahan kepada sesiapa shj yg beragama Islam.

Syarat berbangsa Quraisy, walau bagaimanapun, tidak menjadi keutamaan pada masa kini. Pada zaman para sahabat, syarat ini mudah dilaksanakan kerana bilangan mereka ramai dan jelas keturunannya. Dengan perkembangan masa serta luasnya wilayah Islam, agak sukar untuk mengenal pasti keturunan Quraisy.

2 la antara serba sedikit yg dapat dikongsikan..Ok la, rasanya di sini dlu buat post kali ni.

~Seeru a’la barakatillah~

No comments:

Post a Comment