Sunday, December 28, 2008

#Renungan Sejenak…

“Apabila kita hidup hanya untuk kita, ia amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita & berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang & mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia & berakhir dengan luputnya manusia di Bumi ini.” –Sayyid Qutb-

“Kita sering mendapati manusia sentiasa berterima kasih sesama mereka diatas bantuan sekalipun pertolongan itu kecil, namun tidak ramai manusia yang kita temui yang bersyukur atas nikmatNYA sekalipun nikmat itu besar seolah-olah nikmat itu suatu yang diperolehi dengan usaha sendiri.” (Mustafa Masyhur)

<< MULANYA DI SINI >>


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

Setunggi-tinggi syukur ke hadratMu YA ALLAH, kerana telah memberi peluang untuk diri ini merasai nikmat2Mu yang melimpah ruah terutama nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam buat junjungan tercinta, baginda Muhammad Rasulullah S.A.W.

Setelah sekian lama, akhirnya terlaksana juga hasrat di hati ini untuk menulis diblog sendiri. Sekalung penghargaan buat sahabatku, Nurul Syuhadah atas tunjuk ajar yang diberikan. Juga sahabat2 lain yang banyak memberikan semangat dan dorongan selama ini. Terima kasih banyak2. Moga ia menjadi titik permulaan dalam meneruskan penulisan diblog ini.

Harapnya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri ini jua para pembaca sekalian. Semoga semuanya sentiasa dibawah lembayung rahmatNYA. Andai ada sebarang cadangan, komentar atau perkongsian, amatlah dialu-alukan. Apa2 yang salah juga harap diperbetulkan.

Allahu Rabbi, kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bantulah hambaMu YA ALLAH agar terus istiqamah dijalan ini…….

~SALAM MAAL HIJRAH 1430H~

Wallahualam.