Friday, May 15, 2009

=Perancang Terbaik~

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah...
Sedar tak sedar, pejam celik, pejam celik dah pun dalam minggu ke-2 pun semester 3 ni.
Hm, kadang2 rasa macam tak percaya pulak diriku ini wujud di UIA sem 3 ni.
Mula2 sem(minggu lepas), banyak juga la dihujani dengan pelbagai pertanyaan;
>>"eh, kenapa ada dkt uia ni?ambil shortsem ke?"
>>"aik?kata tak ambil shortsem.wujud pulak ni?"
>>"lina?dengar kata tak ambil shortsem.ambik pulak ke?"
dan macam2 lagi la.(segan pulak.tu la, laen kali jgn duk jaja tak ambil shortsem...huhu)

Nak dijadikan cerita, sem lepas tengok schedule subjek yg offer msa s.sem..
Hm, nk ambik subjek ape ni??
Kalau yang ada boleh ambik pn Gen dengan English.
Mcammana ni??
Nak ambik ke tak??
(setelah istikharah dan berkira-kira,segala pandangan dipertimbangkan,akhirnya...kompem la tak ambil shortsem)

Then, tiba masa register subjek lepas result keluar...
Eh, eh?
ada offer ke subjek ni?
(setelah disiasat..)
Betul la, ada core subjek offer.(mulanya tak offer, tp buat petition supaya subjek tu ada masa s.sem nnt. Ingatkan tak approve, rupanya approved!)

Masa tu berkira-kira semula..Family ckp, terpulanglah along. Abah dgn mama ikut je.
Ala, mcmmana ni. Serba salah dibuatnya.Dah ada planning.Hm, istikharah smula.
Moga2 Allah beri petunjuk terbaek.

Dan akhinya, hari sabtu ptg buat kputusan ambil shrtsem. Pagi ahad balik Uia.
Tak bawak banyak pn barang.
Tp subjek tak dapat add lagi, dah full. Kena add manual.
Alhamdulillah dapat subjeknya. Sampai la hari ni.(dah hbs 2 quiz dah pn).

Tapi s.sem kali ni hanya ambil 1 subjek je. Hope dapat buat yg terbaek.(doakan ye!)
Ai, apa motif crita sbnrnya ni??
Memang betul la,kita manusia hanya merancang, tetapi Allah swt yang berkuasa menentukan dan sebaik baik perancang ialah Allah swt. Mungkin ada hikmahnya semua ni. Tak pe la, planning tu ada rezeki boleh buat lain kali.

Terima kasih mama dan abah sebab tak jemu memberi sokongan dan dorongan!
Sayang kalian!

~Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam~

Assalamualaikum wbt
Hm, dah kembali bersawang blog ni. Lagi2 la pulak sekarang ni dah kena pindah block lain, wireless tak dapat(alasan la tu..). Tapi tak pe la, masih ada port2 lain..Cuma nak atau tak nak je=)


Kali ni insyaAllah nak sambung sikit lagi tentang buku “Pengantar Politik Islam”(ada dalam post terdahulu). Iaitu berkenaan dengan ~Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam~

Para sahabat sepakat mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib. Abu Bakar as-siddiq r.a berkata, “Bahawa Muhammad telah pergi, justeru itu, agama ini(Islam) memerlukan penjaganya.”


Pertelingkahan ummat Islam berlaku di antara Ali bin Abi Talib dengan Mu’awiyah bin Abi Sufian. Pertelingkahan itu berakhir degan peperangan Siffin pada tahun 36H, dan diikuti dengan Majlis Tahkim dan Ali bin Abi Talib tertipu. Akhirnya, Ali bin Abi Talib mati terbunuh ditangan golongan Khawarij(Abdul Rahman bin Maljam). Masalah politik selesai dengan pengunduran diri oleh Hassan bin Ali dan Mu’awiyah dilantik menjadi khalifah.


Pertelingkahan ini bukan soal wajib atau tidak perlu penegakan khilafah. Tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah siapakah yang layak menjadi khalifah.


Ahli al-sunnah wa al-Jamaah, Syiah, al-Murji’ah, sebahagian golongan Mu’tazilah menganggapnya sebagai harus. Mereka mengatakan bahawa yang wajib dilaksanakan ialah syariah Islamiyah dan cara hidup Islam. Jika undang2 Islam dapat dilaksanakan, hukum menegakkan pemerintahan Islam hanya harus. Ini bererti menurut mereka, umat Islam tidak mendapat pahala jika menegakkan pemerintahan Islam dan tidak akan mendapat dosa jika tidak menegakkannya.


Golongan yang mewajibkan penegakan pemerintahan Islam mengatakan tindakan itu adalah fardhu kifayah iaitu sama dengan hukum jihad. Jika ada umat Islam yang melaksanakannya gugurlah tanggungjawab umat Islam seluruhnya. Justeru itu, perlu ada dua golongan dikalangan umat Islam iaitu calon khalifah dan golongan pemilih. Apabila seseorang calon terpilih, golongan kedua perlu memberikan bai’ah atau ikrar taat setia.


Pendapat ini amat bersesuaian sekali dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya, Allah swt telah berfirman dalam ayat;
“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil’i-Amri” (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…) ~Surah An-Nisa’(4 : 59)~
Rasulullah s.a.w juga bersabda,
“Tidak harus bagi tiga orang yang berada disuatu kawasan di muka bumi ini melainkan sesudah ia melantik seorang daripada mereka menjadi ketua.” (Riwayat Imam Ahmad)


Pendapat yang sama juga diutarakan oleh golongan tabi’in. Mereka bersependapat mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib berdasarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah.


Dari segi logic akal, manusia merupakan makhluk yang memerlukan kehidupan bermasyarakat. Ketenteraman dan keamanan tidak akan dapat diwujudkan dikalangan masyarakat manusia tanpa wujudnya suatu kuasa pemerintahan yang dapat menjadi keamanan dan keselamatan masyarakat. Pemerintah itu ialah pemerintah yang dipilih dan dipersetujui oleh rakyat. Peraturan dan undang2 mustahil dapat dikuatkuasakan tanpa wujudnya pemerintahan. Pemerintahan yang paling adil ialah pemerintahan Islam.


Golongan Syi’ah mempunyai pandangan yang berbeza daripada golongan lain. Golongan ini lahir lebih awal daripada golongan Khawarij dan ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah. Mereka ialah pengikut Ali yang menganggap bahawa khalifah selepas Rsulullah s.a.w sebenarnya adalah hak Alikerana beliau lebih awal memeluk Islam, gagah, alim dan paling banyak berjasa kepada Islam. Jika Ali meninggal dunia, jawatan itu mestilah diwarisi oleh keluarganya sama seperti harta pusaka.
Pada zaman Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab masalah khalifah tidak timbul. Selepas pembunuhan Uthman bin Affan pengaruh Syi’ah semakin subur. Lebih-lebih lagi, selepas kematian Ali, Hussin, Hassan dan keturunannya yang tertindas ditangan pemerintah-pemerintah Islam. Dalam soal khilafah, golongan ini terbahagi kepada dua iaitu :
1) Golongan sederhana
2) Golongan melampau


Semua golongan Syi’ah bersetuju bahawa hal khilafah tidak termasuk dalam kepentingan masyarakat. Ia tidak boleh diserahkan kepada masyarakat untuk memilihnya dan penggantinya wajar ditentukan iaitu mestilah seorang yang bersih daripada sebarang maksiat, dosa kecil dan dosa besar. Ali bin Abi Talib telah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menggantikan baginda. Ali selanjutnya berkewajipan mewasiatkan siapakah yang harus menggantikannya menjadi khalifah.


Kepatuhan kepada ketua Negara merupakan sebahagian daripada Iman. Semua golongan Syi’ah bersetuju bahawa Ali sebagai orang yang paling berhak menjadi khalifah tetapi mereka berbeza pendapat tentang siapakah menjadi khalifah selepasnya.


1.Golongan Imamiyah berpendapat bahawa khalifah selepas Ali mestilah anak-anaknya iaitu Hassan, Hussain, Zainal Abidin (anak Hussain). Namun, mereka berbeza pendapat tentang pengganti anak-anak Saidina Ali ini.
a) Imamiyah al-Isma’iliyah berpendapat bahawa anak-anak Saidina Ali mestilah digantikan oleh anak Ja’afar al-Siddiq yang bernama Ismail.
b) Imamiyah al-Ithna Asyarah (ketua Negara ke-12) berpendapat selepas Ja’afar as-Siddiq jawatan khalifah harus diserahkan kepada anaknya iaitu Musa al-Kazim, Ali al-Ridha, Muhammad al-Jawwad, Ali Hadi, Hassan al-Askari dan anak Muhammad iaitu ketua Negara ke-12. Golongan ini banyak terdapat di Iran, Iraq, Pakistan dan lain-lain pada masa kini. Golongan ini tidak menyeleweng daripada Islam kerana pendapat mereka tidak bercanggah dengan Al-Quran secara jelas.


2.Golongan al-Zaidiyah. Pendapat golongan ini sama sahaja dengan pendapat golongan al-Imamiyah. Mereka berpendapat selepas Ali mestilah dilantik anaknya. Tetapi cara perlantikannya adalah berbeza dengan pendapat golongan al-Imamiyah. Menurut mereka khalifah mestilah dipilih melalui al-Hal wa al-‘Aqd (anggota pemilih calon Ketua Negara), tidak melalui wasiat. Golongan ini juga menafikan bahawa Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan calon penggantinya. Rasulullah s.a.w sekadar memberikan ciri2 orang yang layak menggantikannya. Secara kebetula, ciri2 itu dimiliki oleh Ali dan keturunannya iaitu alim, zahid, pemurah dan berani.


Kini keseluruhan Negara Islam telah mencapai kemerdekaan daripada kuasa2 penjajah. Apakah hokum menegakkan pemeritahan Islam? Hukumnya tetap tida berubah (wajib) kerana hanya pemerintahn Islam sahaja yang dapat melaksanakan syariah Islamiyah secara mutlak. Malahan, hukum ini tetap tidak berubah hingga hari Akhirat.


Daripada perbincangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa semua golongan sejak zaman para sahabat hingga hari ini tetap mengatakan bahawa hokum menegakkan pemerintahan Islam ialah wajib. Perbezaan pendapat hanya dari segi teknikal iaitu siapakah calon yang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Walaupun terdapat pendapat yang mengharuskan seperti sebahagian daripada golongan Khawarij dan Syi’ah, namun pendapat mereka hanyalah merupakan pendapat minoriti yang tidak boleh diambil sebagai keputusan majoriti. Hukumnya tetap juga wajib.

#AKU BENCI ENGKAU!

Aku benci engkau
yang lupa masalah umat
yang alpa tentang sahabat
yang jinak dengan maksiat
yang fikrahnya rendah
akhlak goyah
iman lesu, nipis berkarat.

Aku benci engkau
yang mengumpat mencaci mengata
menuduh membenci sesedap rasa
menyakitkan hati mencedera jiwa
sedang engkau sendiri layu
bukannya beza engkau dan dia
tapi engkau terus mengeji
sedang dia temanmu.

Aku benci, benci engkau
bosan mendengar rungutanmu
bosan melayan kerenah anehmu
letih melihat tindak-tandukmu
penat menegur tabiat burukmu.

Aku benci engkau
yang bercakap tak kena tempat
yang memotong petah bicaraku
yang memekak mendiam membisu
yang membuat hatiku berlagu
menjerit kerana terseksa batinku.

Aku benci, sangat benci
kerana engkau kadang malaikat
kerana kadang engkau manusia
kerana kadang engkau syaitan
kerana selalunya kau bermuka-muka

Aku benci engkau
dengan ego melambung
lagak tinggi menggunung

Aku benci, sangat benci
bukannya dunia memaksaku benci
tapi tempias perbuatanmu sendiri

Aku benci engkau
aku benci engkau
aku benci engkau

Aku benci engkau
yang lupa masalah umat
yang alpa tentang sahabat
yang jinak dengan maksiat
yang fikrahnya rendah
akhlak goyah
iman lesu, nipis berkarat.

ya, engkau adalah aku.

*********
Nota:Ku tatap pesan rasul
ku semat dalam nubari
kalaupun aku membenci, aku juga akan mencintai
kerana yang keduanya tak mustahil terubah
dalam sekelip mata.
Pahitnya; aku membenci engkau
tapi aku juga mencintaimu.

dipetik dari : http://rasydanfitri.blogspot.com/