Friday, May 15, 2009

~Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam~

Assalamualaikum wbt
Hm, dah kembali bersawang blog ni. Lagi2 la pulak sekarang ni dah kena pindah block lain, wireless tak dapat(alasan la tu..). Tapi tak pe la, masih ada port2 lain..Cuma nak atau tak nak je=)


Kali ni insyaAllah nak sambung sikit lagi tentang buku “Pengantar Politik Islam”(ada dalam post terdahulu). Iaitu berkenaan dengan ~Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam~

Para sahabat sepakat mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib. Abu Bakar as-siddiq r.a berkata, “Bahawa Muhammad telah pergi, justeru itu, agama ini(Islam) memerlukan penjaganya.”


Pertelingkahan ummat Islam berlaku di antara Ali bin Abi Talib dengan Mu’awiyah bin Abi Sufian. Pertelingkahan itu berakhir degan peperangan Siffin pada tahun 36H, dan diikuti dengan Majlis Tahkim dan Ali bin Abi Talib tertipu. Akhirnya, Ali bin Abi Talib mati terbunuh ditangan golongan Khawarij(Abdul Rahman bin Maljam). Masalah politik selesai dengan pengunduran diri oleh Hassan bin Ali dan Mu’awiyah dilantik menjadi khalifah.


Pertelingkahan ini bukan soal wajib atau tidak perlu penegakan khilafah. Tetapi apa yang menjadi masalahnya ialah siapakah yang layak menjadi khalifah.


Ahli al-sunnah wa al-Jamaah, Syiah, al-Murji’ah, sebahagian golongan Mu’tazilah menganggapnya sebagai harus. Mereka mengatakan bahawa yang wajib dilaksanakan ialah syariah Islamiyah dan cara hidup Islam. Jika undang2 Islam dapat dilaksanakan, hukum menegakkan pemerintahan Islam hanya harus. Ini bererti menurut mereka, umat Islam tidak mendapat pahala jika menegakkan pemerintahan Islam dan tidak akan mendapat dosa jika tidak menegakkannya.


Golongan yang mewajibkan penegakan pemerintahan Islam mengatakan tindakan itu adalah fardhu kifayah iaitu sama dengan hukum jihad. Jika ada umat Islam yang melaksanakannya gugurlah tanggungjawab umat Islam seluruhnya. Justeru itu, perlu ada dua golongan dikalangan umat Islam iaitu calon khalifah dan golongan pemilih. Apabila seseorang calon terpilih, golongan kedua perlu memberikan bai’ah atau ikrar taat setia.


Pendapat ini amat bersesuaian sekali dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Contohnya, Allah swt telah berfirman dalam ayat;
“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil’i-Amri” (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…) ~Surah An-Nisa’(4 : 59)~
Rasulullah s.a.w juga bersabda,
“Tidak harus bagi tiga orang yang berada disuatu kawasan di muka bumi ini melainkan sesudah ia melantik seorang daripada mereka menjadi ketua.” (Riwayat Imam Ahmad)


Pendapat yang sama juga diutarakan oleh golongan tabi’in. Mereka bersependapat mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam adalah wajib berdasarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah.


Dari segi logic akal, manusia merupakan makhluk yang memerlukan kehidupan bermasyarakat. Ketenteraman dan keamanan tidak akan dapat diwujudkan dikalangan masyarakat manusia tanpa wujudnya suatu kuasa pemerintahan yang dapat menjadi keamanan dan keselamatan masyarakat. Pemerintah itu ialah pemerintah yang dipilih dan dipersetujui oleh rakyat. Peraturan dan undang2 mustahil dapat dikuatkuasakan tanpa wujudnya pemerintahan. Pemerintahan yang paling adil ialah pemerintahan Islam.


Golongan Syi’ah mempunyai pandangan yang berbeza daripada golongan lain. Golongan ini lahir lebih awal daripada golongan Khawarij dan ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah. Mereka ialah pengikut Ali yang menganggap bahawa khalifah selepas Rsulullah s.a.w sebenarnya adalah hak Alikerana beliau lebih awal memeluk Islam, gagah, alim dan paling banyak berjasa kepada Islam. Jika Ali meninggal dunia, jawatan itu mestilah diwarisi oleh keluarganya sama seperti harta pusaka.
Pada zaman Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab masalah khalifah tidak timbul. Selepas pembunuhan Uthman bin Affan pengaruh Syi’ah semakin subur. Lebih-lebih lagi, selepas kematian Ali, Hussin, Hassan dan keturunannya yang tertindas ditangan pemerintah-pemerintah Islam. Dalam soal khilafah, golongan ini terbahagi kepada dua iaitu :
1) Golongan sederhana
2) Golongan melampau


Semua golongan Syi’ah bersetuju bahawa hal khilafah tidak termasuk dalam kepentingan masyarakat. Ia tidak boleh diserahkan kepada masyarakat untuk memilihnya dan penggantinya wajar ditentukan iaitu mestilah seorang yang bersih daripada sebarang maksiat, dosa kecil dan dosa besar. Ali bin Abi Talib telah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w untuk menggantikan baginda. Ali selanjutnya berkewajipan mewasiatkan siapakah yang harus menggantikannya menjadi khalifah.


Kepatuhan kepada ketua Negara merupakan sebahagian daripada Iman. Semua golongan Syi’ah bersetuju bahawa Ali sebagai orang yang paling berhak menjadi khalifah tetapi mereka berbeza pendapat tentang siapakah menjadi khalifah selepasnya.


1.Golongan Imamiyah berpendapat bahawa khalifah selepas Ali mestilah anak-anaknya iaitu Hassan, Hussain, Zainal Abidin (anak Hussain). Namun, mereka berbeza pendapat tentang pengganti anak-anak Saidina Ali ini.
a) Imamiyah al-Isma’iliyah berpendapat bahawa anak-anak Saidina Ali mestilah digantikan oleh anak Ja’afar al-Siddiq yang bernama Ismail.
b) Imamiyah al-Ithna Asyarah (ketua Negara ke-12) berpendapat selepas Ja’afar as-Siddiq jawatan khalifah harus diserahkan kepada anaknya iaitu Musa al-Kazim, Ali al-Ridha, Muhammad al-Jawwad, Ali Hadi, Hassan al-Askari dan anak Muhammad iaitu ketua Negara ke-12. Golongan ini banyak terdapat di Iran, Iraq, Pakistan dan lain-lain pada masa kini. Golongan ini tidak menyeleweng daripada Islam kerana pendapat mereka tidak bercanggah dengan Al-Quran secara jelas.


2.Golongan al-Zaidiyah. Pendapat golongan ini sama sahaja dengan pendapat golongan al-Imamiyah. Mereka berpendapat selepas Ali mestilah dilantik anaknya. Tetapi cara perlantikannya adalah berbeza dengan pendapat golongan al-Imamiyah. Menurut mereka khalifah mestilah dipilih melalui al-Hal wa al-‘Aqd (anggota pemilih calon Ketua Negara), tidak melalui wasiat. Golongan ini juga menafikan bahawa Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan calon penggantinya. Rasulullah s.a.w sekadar memberikan ciri2 orang yang layak menggantikannya. Secara kebetula, ciri2 itu dimiliki oleh Ali dan keturunannya iaitu alim, zahid, pemurah dan berani.


Kini keseluruhan Negara Islam telah mencapai kemerdekaan daripada kuasa2 penjajah. Apakah hokum menegakkan pemeritahan Islam? Hukumnya tetap tida berubah (wajib) kerana hanya pemerintahn Islam sahaja yang dapat melaksanakan syariah Islamiyah secara mutlak. Malahan, hukum ini tetap tidak berubah hingga hari Akhirat.


Daripada perbincangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa semua golongan sejak zaman para sahabat hingga hari ini tetap mengatakan bahawa hokum menegakkan pemerintahan Islam ialah wajib. Perbezaan pendapat hanya dari segi teknikal iaitu siapakah calon yang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Walaupun terdapat pendapat yang mengharuskan seperti sebahagian daripada golongan Khawarij dan Syi’ah, namun pendapat mereka hanyalah merupakan pendapat minoriti yang tidak boleh diambil sebagai keputusan majoriti. Hukumnya tetap juga wajib.

No comments:

Post a Comment