Hamdalah…petang td lebih kurang jam 5.37pm, tamat sudah jadual peperiksaan sy untuk semester 2 tahun 2008/2009 ni. Exam terakhir penutup exhibition gallery.
Baru sahaja mengemas barang2 yg banyak terkira! Esok petang dah nak balik rumah..Tapi sebelum balik pagi nanti ada ‘planning’ terakhir..Menghabiskan sisa-sisa masa bersama sahabat2 seperjuangan di satu destinasi=)
Masa berlalu tanpa disedari..Sedar tak sedar dah habis pun sem ni. Tiba2 terasa sayu mengenang kembali apa yg telah dilakukan sepanjang sem ni..(tercapai ke objektif?)
#Apa yang aku dah buat sem ni?
~Apa yang dapat aku improve??
~Berapa sangat hak2 ALLAh yang aku tunaikan??
~Berapa buah buku aku dah baca?
~Tanggungjawab?Betul ke aku dah laksanakan(sbg seorang hamba Allah, muslim, anak, pelajar,sahabat)??Tanggungjawab kpd agama?
~Hak-hak sahabat?
~Macam-macam lagi…
Ya Allah,,banyak lagi yang kurangnya..
Bila hilang hari semalam, esok pula akan menjelang..Menghitung hari, menghitung mati, kerana masa silih berganti, tidak akan kembali lagi. Selamat bercuti buat semua warga UIAM! Sama2lah kita memanfaatkan cuti ni sebaiknya kerana kita mungkin ada hari ini tapi belum tentu hari esok. Mohon maaf kepada semua. InsyaALLAH ada rezeki berjumpa lagi nnti.
Hm, tapi ada satu perkara lagi menanti..Exam Result! Nampaknya satu stage dah selesai(USAHA), ada lagi dua. Apa dia shbt2??Tak lain tak bukan tentulah DOA + TAWAKAL kepada Allah yang esa..Ya Allah, rahmatilah kami, kurniakanlah kejayaan kepada kami semua dan Engkau berkatilah segala ilmu yg telah kami pelajari..Ameen.
[p/s]=maaf ye, actually dh lma nk post tp ada prob.tp xpe la nk post jg=)
No comments:
Post a Comment