Dalam kekalutan suasana exam yg hampir tiba, sempat lagi sy dan rumate ke JJ wangsa maju bru2 ni. Bli barang2 keperluan sikit. Jalan pny jalan, tiba2 tersangkut la skjp dkt MPH. Ronda2 dlm MPH tu, ternampak pulak 1 buku. Alamak, terpaut dah nk bli bku ni. At last, beli la..hehe.
Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yg tidak dapat dijangka apabila berhadapan dgn sesuatu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.
Apakah faktor yg menentukan respons kita pada situasi itu?
Jawapannya adalah PERSPEKTIF!
Berdasarkan kisah2 yg diinspirasikan dalam buku ini boleh membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yg dihadapi. Ia juga dpt memacu dan membangunkan rasa optimistik dlm hidup. Rasa optimistik yg membangkitkan kesedaran bg mengenali mslh dan respons terbaik kpd masalah itu. Rasa optimistik yg membangkitkan rasa percaya, setiap mslh dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik yg membina kekuatan utk berhadapan dgn perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yg apabila berhadapan dgn situasi buruk, namun masih mengharapkan yg terbaik. Mempunyai alasan utk rasa geram tetapi memilih utk tersenyum.
Jadi di sini sy tertarik utk membawa satu kisah yg terdapat dalam buku ini. Terpulang kpd para pengunjung sekalian bagaimana utk mentafsirkannya.
~Jerung kecil kehidupan~
Kisah mengenai para nelayan Jepun yg berusaha sedaya upaya bg memastikan ikan-ikan mereka tetap segar apabila sampai ke tgn pelanggan.
Sejak akhir2 ini, ikan yg dapat ditangkap sgt sedikit di kwsn perairan yg berdekatan dgn pantai. Ini membuatkan para nelayan terpaksa pergi jauh ke tengah lautan. Akibatnya, ikan yg dijual kpd para pelanggan tidak berapa segar dan ini menyebabkan harga ikan menjadi murah. Bagi mengatasi masalah ini, nelaya-nelayan itu membawa peti sejuk bersama mereka apabila pergi ke tengah lautan bg menangkap ikan supaya ikan2 yg ditangkap, walaupun mati, dapat dibekukan dan tidak menjadi busuk. Tetapi para pelanggan masih tidak berpuas hati. Mereka berkata keenakan ikan itu berkurangan kerana ikan itu sudah mati dan dibekukan. Ini membuatkan harga ikan menjadi bertambah murah krn ikan2 itu tidak hidup.
Langkah yg diambil oleh para nelayan seterusnya adalah membawa tangki2 besar ketika turun ke laut. Ikan-ikan yg ditangkap dimasukkan ke dalam tangki2 ini dalam keadaan hidup. Setiap tangki dipenuhkan dgn seberapa byk ikan yg boleh. Selepas beberapa lama berasakan dan berhimpit-himpit dalam tangki, lama kelamaan ikan-ikan itu menjadi lemas. Namun, masyarakat Jepun tidak menggemari ikan yg lemas krn menurut mereka ikan yg lemas mempunyai rasa berbeza dgn ikan yg masih hidup.
Oleh itu, para nelayan berfikir dan berbincang lagi apa yg perlu mereka lakukan supaya ikan yg ditangkap tetap dalam keadaan hidup dan segar apabila dijual kpd pelanggan. Perbincangan hebat yg dilakukan ternyata membuahkan idea yg luar biasa dan juga berkesan. Kini, apabila mereka turun ke laut, mereka masih lagi membawa tangki2 besar, tetapi jumlah ikan yg dimasukkan ke dlm stiap tangki dikurangkan. Apa yg uniknya, nelayan akan memasukkan ke dlm setiap tangki seekor ikan jerung kecil. Ikan jerung itu memang akan memakan ikan-ikan yg ada di dlm tangki, tetapi jumlahnya yg dimakannya adalah sedikit. Ikan jerung itu juga akan mengejar ikan-ikan didlm tangki dan ini membuatkan ikan2 itu berada dalam keadaan cergas dan berjaga-jaga kerana takut dibaham jerung. Apabila tiba dipantai, ikan2 masih lagi dlm keadaan hidup dan membuatkan pelanggan berasa puas hati krn dapat membeli ikan yg hidup dan segar!
*************************************************************************************
Sekiranya jika dilihat dgn lebih teliti, memang tiada satu perkara pun di dunia ini yg bebas daripada masalah dan cabaran. Cabaran membuatkan seseorang menjadi semakin matang dan dewasa dalam perkembangan mental. Cabaran atau dugaan yg ditangani dengan baik memberikan pengajaran yang paling berharga bagi kehidupan seseorang. Sekiranya dugaan kehidupan dirasakan terlalu ringan dan belum ada perubahan dirasakan, mungkin tibalah masanya kita memerlukan ‘jerung-jerung kecil’ kehidupan yg dapat membuatkan kita rasa tercabar!
>>CABARAN DAN MASALAH MERUPAKAN TANDA YANG MENUNJUKKAN KITA MASIH HIDUP>>
No comments:
Post a Comment