Thursday, April 9, 2009

"JeRuNg KeCiL KeHiDuPaN"


Dalam kekalutan suasana exam yg hampir tiba, sempat lagi sy dan rumate ke JJ wangsa maju bru2 ni. Bli barang2 keperluan sikit. Jalan pny jalan, tiba2 tersangkut la skjp dkt MPH. Ronda2 dlm MPH tu, ternampak pulak 1 buku. Alamak, terpaut dah nk bli bku ni. At last, beli la..hehe.

Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yg tidak dapat dijangka apabila berhadapan dgn sesuatu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.

Apakah faktor yg menentukan respons kita pada situasi itu?

Jawapannya adalah PERSPEKTIF!

Berdasarkan kisah2 yg diinspirasikan dalam buku ini boleh membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yg dihadapi. Ia juga dpt memacu dan membangunkan rasa optimistik dlm hidup. Rasa optimistik yg membangkitkan kesedaran bg mengenali mslh dan respons terbaik kpd masalah itu. Rasa optimistik yg membangkitkan rasa percaya, setiap mslh dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik yg membina kekuatan utk berhadapan dgn perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yg apabila berhadapan dgn situasi buruk, namun masih mengharapkan yg terbaik. Mempunyai alasan utk rasa geram tetapi memilih utk tersenyum.

Jadi di sini sy tertarik utk membawa satu kisah yg terdapat dalam buku ini. Terpulang kpd para pengunjung sekalian bagaimana utk mentafsirkannya.

~Jerung kecil kehidupan~

Kisah mengenai para nelayan Jepun yg berusaha sedaya upaya bg memastikan ikan-ikan mereka tetap segar apabila sampai ke tgn pelanggan.

Sejak akhir2 ini, ikan yg dapat ditangkap sgt sedikit di kwsn perairan yg berdekatan dgn pantai. Ini membuatkan para nelayan terpaksa pergi jauh ke tengah lautan. Akibatnya, ikan yg dijual kpd para pelanggan tidak berapa segar dan ini menyebabkan harga ikan menjadi murah. Bagi mengatasi masalah ini, nelaya-nelayan itu membawa peti sejuk bersama mereka apabila pergi ke tengah lautan bg menangkap ikan supaya ikan2 yg ditangkap, walaupun mati, dapat dibekukan dan tidak menjadi busuk. Tetapi para pelanggan masih tidak berpuas hati. Mereka berkata keenakan ikan itu berkurangan kerana ikan itu sudah mati dan dibekukan. Ini membuatkan harga ikan menjadi bertambah murah krn ikan2 itu tidak hidup.

Langkah yg diambil oleh para nelayan seterusnya adalah membawa tangki2 besar ketika turun ke laut. Ikan-ikan yg ditangkap dimasukkan ke dalam tangki2 ini dalam keadaan hidup. Setiap tangki dipenuhkan dgn seberapa byk ikan yg boleh. Selepas beberapa lama berasakan dan berhimpit-himpit dalam tangki, lama kelamaan ikan-ikan itu menjadi lemas. Namun, masyarakat Jepun tidak menggemari ikan yg lemas krn menurut mereka ikan yg lemas mempunyai rasa berbeza dgn ikan yg masih hidup.

Oleh itu, para nelayan berfikir dan berbincang lagi apa yg perlu mereka lakukan supaya ikan yg ditangkap tetap dalam keadaan hidup dan segar apabila dijual kpd pelanggan. Perbincangan hebat yg dilakukan ternyata membuahkan idea yg luar biasa dan juga berkesan. Kini, apabila mereka turun ke laut, mereka masih lagi membawa tangki2 besar, tetapi jumlah ikan yg dimasukkan ke dlm stiap tangki dikurangkan. Apa yg uniknya, nelayan akan memasukkan ke dlm setiap tangki seekor ikan jerung kecil. Ikan jerung itu memang akan memakan ikan-ikan yg ada di dlm tangki, tetapi jumlahnya yg dimakannya adalah sedikit. Ikan jerung itu juga akan mengejar ikan-ikan didlm tangki dan ini membuatkan ikan2 itu berada dalam keadaan cergas dan berjaga-jaga kerana takut dibaham jerung. Apabila tiba dipantai, ikan2 masih lagi dlm keadaan hidup dan membuatkan pelanggan berasa puas hati krn dapat membeli ikan yg hidup dan segar!

*************************************************************************************

Sekiranya jika dilihat dgn lebih teliti, memang tiada satu perkara pun di dunia ini yg bebas daripada masalah dan cabaran. Cabaran membuatkan seseorang menjadi semakin matang dan dewasa dalam perkembangan mental. Cabaran atau dugaan yg ditangani dengan baik memberikan pengajaran yang paling berharga bagi kehidupan seseorang. Sekiranya dugaan kehidupan dirasakan terlalu ringan dan belum ada perubahan dirasakan, mungkin tibalah masanya kita memerlukan ‘jerung-jerung kecil’ kehidupan yg dapat membuatkan kita rasa tercabar!

>>CABARAN DAN MASALAH MERUPAKAN TANDA YANG MENUNJUKKAN KITA MASIH HIDUP>>

Thursday, April 2, 2009

'DIA' DATANG LAGI...


Assalamualaikum w.b.t

Ish, pedihnya mata! Rasa mcm nak menangis pulak. Sebabnya?!

Hm, bkn sebab sedih, tp dah ‘bersawang’ blog ni, berhabuk-habuk.

tak update2..

Maaf ye para sahabat jua para pengunjung sekalian. Dah lama nak update blog ni cuma selalu tak kesampaian. Tangguh punya tangguh sampailah ‘dia’ datang lagi kali ni.. ‘dia’???

Waktu sekarang pn dah akhir semester, tak lain tak bukan, ‘dia’ tu mst la FINAL EXAM. Sekarang pun dah bermulanya exam. Saya sendiri pn ada 1st paper hari esk.

Dikesempatan ini sy mengambil kesempatan utk mngucapkan ;

“SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BUAT SEMUA STUDENT UIAM” >>Wish u all da best, bittaufiq wan najah!

InsyaALLAH last day 4 final exm 19hb April ni. Sy sndri pn last paper 18hb..(Balik lewat la nmpknya sem ni…)

Bila sebut tentang peperiksaan ni, relate balik tntg hubungan kita dgn ALLAH SWT..Bagaimana kekuatan tawakal kita kepada ALLAH.(Tp tak boleh la tawakal shj tanpa usaha + doa, kn?)..Teringat ada seorang sahabat selalu tekankan tentang “markah berkat” yakni markah ni kita tak boleh nampk dgn mata kasar dan tak ditulis atas kertas. Markah berkat ni shbt tu ckp bergantung balik pd mcmmana hubungan kita dgn ALLAH, hubungan sesame manusia, ibu bapa, kawan2 dsb. Termasuk jg amal perbuatan yang kita lakukan sehari-hari..~Tepuk dada tny diri =)

Ok la. Rsanya sampai kt sini je dlu utk kali ni. Smg ALLAH SWT mngurniakan kejayaan kpd kita smua. Strive 4 Mardhatillah=)

“Allah Maha lembut terhadap hamba-hambaNYA, Dia yang memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNYA dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (42 : 19)

Monday, January 19, 2009

"BILA JIWA DIRUNDUM RESAH..."

Apa khabar para pengunjung sekalian?

Berbanyak banyak kemaafan dipinta sbb dah lama tak update blog ni.

Nak kata tak ada masa, btul ke?Alasan je tu. Maaf ye.

Hm, sebenarnya post kali ni cuma nak berkongsi tentang sesuatu.

Macam ni, ada satu ketika di mana kalau tak salah, masa first sem di Gombak ni.

Ntah la, masa tu baru-baru lg kot dan masih dalam proses menyesuaikan diri disini.

Teringat kata-kata seorang akak tu, memang amat memberi motivasi.

Masih ada lg simpan msgnya;

“Oo gitu rupanya, lina perasan tak, kalau setiap kali berlaku keadaan

macam tu kan,

kita tak ada pengharapan lain kecuali ALLAH SWT…

Tawakkal kita berada pada tahap tertinggi…

Redha kita pun akan semakin menebal…

Akak selalu alami keadaan mcm tu lina, tapi akak bersyukur

sbb akak rasa,

waktu itulah masa paling lunak dalam pengaduan dan hubungan

dengan ALLAH SWT..Hati mudah sebak, air mata

cepat tumpah bila solat,

bukankah itu semua manis adikku?”

Terima kasih akak atas nasihat dan semangat yang diberikan

Semoga sentiasa dalam keberkatan ALLAH SWT…=)

Sama-sama kita doakan untuk kemenangan ISLAM seluruhnya! ALLAHU AKBAR!

Sunday, December 28, 2008

#Renungan Sejenak…

“Apabila kita hidup hanya untuk kita, ia amatlah singkat. Bermula daripada bermulanya kita & berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang & mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia & berakhir dengan luputnya manusia di Bumi ini.” –Sayyid Qutb-

“Kita sering mendapati manusia sentiasa berterima kasih sesama mereka diatas bantuan sekalipun pertolongan itu kecil, namun tidak ramai manusia yang kita temui yang bersyukur atas nikmatNYA sekalipun nikmat itu besar seolah-olah nikmat itu suatu yang diperolehi dengan usaha sendiri.” (Mustafa Masyhur)

<< MULANYA DI SINI >>


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

Setunggi-tinggi syukur ke hadratMu YA ALLAH, kerana telah memberi peluang untuk diri ini merasai nikmat2Mu yang melimpah ruah terutama nikmat Iman dan Islam. Selawat serta salam buat junjungan tercinta, baginda Muhammad Rasulullah S.A.W.

Setelah sekian lama, akhirnya terlaksana juga hasrat di hati ini untuk menulis diblog sendiri. Sekalung penghargaan buat sahabatku, Nurul Syuhadah atas tunjuk ajar yang diberikan. Juga sahabat2 lain yang banyak memberikan semangat dan dorongan selama ini. Terima kasih banyak2. Moga ia menjadi titik permulaan dalam meneruskan penulisan diblog ini.

Harapnya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada diri ini jua para pembaca sekalian. Semoga semuanya sentiasa dibawah lembayung rahmatNYA. Andai ada sebarang cadangan, komentar atau perkongsian, amatlah dialu-alukan. Apa2 yang salah juga harap diperbetulkan.

Allahu Rabbi, kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini untuk mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bantulah hambaMu YA ALLAH agar terus istiqamah dijalan ini…….

~SALAM MAAL HIJRAH 1430H~

Wallahualam.